Monday, December 20, 2010

Bedebom!


Sana sini berasap. Kelam. Sakit tekak. Gas pemedih mata ke ni? Mata berpinar-pinar. Rasa nak muntah.


"Arul! Berapa lama ko menginap kat bawah meja tu?" soal Nazri Jawa.
"Ntah! Apasal pulak aku boleh ada kat bawah meja , aku pun mysterious " balas Arul kurang yakin.
"Agaknya sejak malam tadi kot?" kata Nazri Jawa berspekulasi.
"Boleh jadi jugak" balas Arul mengambil hati Nazri Jawa.


Malam tadi. Aku mengingat balik apa yang aku lakukan malam tadi. Rasanya aku tengah mengetik-ngetik keyboard, menaip nama-nama Wonderkid dalam Football Manager 2011. Lupa pulak nak save game tu. Neymar, Zakaria Labyad, Lucas Digne dan Kevin.


"Eh! Malam tadi kan aku main Football Manager 2011. Aku baru je angkut game tu kat Tesco" kata Arul kepada Nazri Jawa.
"Kau biar btul Rul. Tesco baru je diisytiharkan bankrap semalam, sebab dah tersebar kat Facebook tentang keyahudian beliau, lagi-lagi Tesco cawangan Banting" tegas Nazri Jawa.
"Huh! Biar betik. Lama dah aku tak makan betik wahai Encik Nazri. Jom makan cendol" balas Arul.
"Jomlah. Aku pun rindukan kemasaman mamak berikut" ujar Nazri Jawa.



Bedebom! Dusyum!


"Berapa mangkuk? " tanya mamak bukan adik Razak Mohaideen.
"Lu la mangkuk, mangkuk. Bagi 2 mangkuk" kata Arul dan Nazri Jawa serentak. Serentak. Mesti menang punyalah acara terjun beregu 12inci papan anjal ni.

"Ini 2 mangkuk, siap" kata mamak.
"Ini mangkuk saja, mana cendolnya? mangkuk! " kata Nazri Jawa.
"Sorilah brader. Itu cendol suma sudah angkut itu ada sorang mari. Dia angkut juga satu periuk juga pegi. Katanya mau bikin MLM" explain si mamak.
"Mangkuk! Patutla dia tanya berapa mangkuk" kata Arul.



"Dilla. Kau tolong pergi kedai belikan mak gula kasar 23 guni. Mak nak buat kuih sikitla. Mengidam pulak mak nak makan Spaghetti Bolognese" ujar Makcik Syahadah.
"Baik mak. Mak memang baik" balas Dilla Jamaludin.


"Aiya amoi. Itu gula sudah abisla. Itu ada sorang suda angkut 23 guni. Katanya mau buat MLM. Lain kali hor " ujar Apek Tua.



titit tits boobs tits... bunyi sms hp NokiaE71 Arul berbunyi.



From : sayang dilla

Gula dah tak wujudla abang. Tolong carikan. Sumer dah abis orang buat MLM.



"Panas betul la. Bukan panas matahari. Aku panas ni. Siapa yang borong gula, cendol berbakul-bakul ni. Buat MLM pulak tu " Arul marah.
"Serius? Ntah-ntah Mark Zuckerberg kot" kata Nazri Jawa setelah menonton DVD cetak rompak 'Social Network' tadi.
"Aku yakin bukan beliau la. Kalau betul beliau, aku dah 'poke' dia" kata Arul.
"Khaled Mardam Bay kot" kata Nazri Jawa lagi.
"Dia? Memang aku slap him with a large trout" balas Arul.


Sambil membaca Tamil Nessan, tiba-tiba Nazri berkata sambil mata digenangi air.

"Aku dah tau siapa punya angkara. Tengoklah paper ni. Dialah yang borong semua tu untuk projek terbaru dia" kata Nazri Jawa tersedu-sedu.


Arul lantas membaca . TAJUK UTAMA:

'2 Alam The Series. Astro Ria. Akan Datang' sambil berbackgroundkan makhluk cendawan berbow merah.



Arul dan Nazri Jawa menangis.
Sekian.

4 comments:

mnazri.tan said...

gila apa....betul ke 2 alam the series ? nak kena sekeh kot

mAxx said...

haha.. tungguuuu

mnazri.tan said...

sebenarnya aku masih tak faham motif entry kau nie...hahah

mAxx said...

haha.. aku pun. ngarut2 je