Sunday, December 27, 2009




Tadi tgok AVATAR.. layan jugak cerita tu

menarik juga jalan ceritanya..

dahla durasinya 2 jam 45 min lebih kurang, mmg cara..

macam biasa, aku layan kat alamanda..

yerlah, dekat ngan org rumah...

ntah apa yg merasuk org rumah aku..

semua x kena...

boleh plak dia tumpahkan air kat Kedai Kasut Walk In..huhu..

lawak btul..

kalau aku yang tumpahkan tu, mau bebel x sudah..

hehe...xperla..aku lg loklaq kot..keh2

apa2 hal..yg funnynya..aku tgok movie abis kol 1a.m..

slumber je pas movie aku jalan2 kat alamanda tu kaki ayam je..

korang leh buat ke?

hehe



p/s : cibai, chelsea seri lagi

Friday, December 25, 2009


Selamat menyambut Hari Krismas buat mereka yang menyambutnya, dan tak lupa buat mereka yang tumpang cuti.

Semalam, dengan berlagaknya aku umumkan, aku dah tengok movie Sherlock Holmes. Aku memang antara pembaca novel2 Sir Arthur Conan Doyle, terutama siri penyiasatan Sherlock Holmes ni, jadi memang aku sgt teruja nak tengok filem ini. Satu lagi novel penyiasatan yang aku cadangkan ialah dari Agatha Cristie, siri penyiasatan Hercule Poirot. Memang cara.

Berbalik pada filem ini, aku bagi thumbs up. Memang seronok. Tak ada satu part pun dalam movie ini yang buat aku bosan atau mengantuk. Huhu. Karakter yang dilakonkan Robert Downey Jr. memang cara, termasukla dia punya sidekick, Jude Law. Jalan ceritanya sungguh cantik sampaikan taknak miss satu saat pun. Walhal ada rasa nak terkucil. Haha.

Oleh itu, tak sepertimana 2012 yang mengecewakan aku, tak salah rasanya kalau korang bazirkan rm10 untuk mengkayakan lagi Warner Bros, tokey wayang dan konco2nya demi cerita yang best ini. Walaupun ada sedikit penambahan dan pengubahsuaian pada karakter Sherlock Holme, tapi ia tetap tidak menterencatkan watak tersebut. Well done.



Thursday, December 24, 2009


Kucing aku dah mati...

sedih...

walaupun kengkadang aku suka buli ia..

penah tersepak melambung2 ( x sengaja )

n halau2...

maki hamun..

tp dia tetap kucing aku...

sedih2...

xperla...

nanti aku buat entry lain..

sedih

Wednesday, December 23, 2009

Inilah keindahan Malaysia. Pakailah bahasa apa pun, korang leh paham punya.

Apa yang aku meraban?


Macam ni...


Aku berkelana ke satu tempat ni..

Dipendekkan cerita, aku ada sedikit bisnes nak diselesaikan di tempat tersebut. Terkocoh2 jugaklah aku nak mencari tempat letak kereta. Semua dah penuh. Aduh. Memang leceh bab nak cari parking ni. Manjang full..

Tetiba aku terpikir..

Park kat apartment cara jugak..kompom byk space punya. Lantas aku cari apartment terdekat. Bila nampak satu flat tu, aku terus masuk.

Tapi..bila nampak signboard dia..fikir gak aku 2,3 kali..

Nak park ke tanak?

Mau gak rabak keta aku...



Tuesday, December 22, 2009


Tetiba aku rasa ada mood nak bersajak...

dah lama rasanya aku tinggalkan sajak ni...

zaman muda-muda dulu selalu jugak la aku buat sajak ni..

tp genre aku bukan sajak bunga2 berbaur puitis...

tetapi sajak aku lebih ke arah yang abstrak..

lantak koranglah nak terjemahkan sajak aku tu camne..

okay.. ini sajak aku kali ini...


Satu Subuh di Bilik Usang

Tatkala anjing itu menggigit kakiku,
Aku terlena di celah kehidupan,
Deru ombak membasahi lantai dapurku,
Namun seperti selalu, ia tidak berasap.

Tatkala anjing itu menggonggong kunciku,
Aku tersedak di meja keamanan,
Bebuih putih mengalir ke jendela kamarku,
Malah seperti selalu, ia tidak berkemas.

Tatkala anjing itu menyalak kepadaku,
Aku terpana di ruang kesepian,
Alunan mutiara menghujani cadar ranjangku,
Bahkan seperti selalu, ia tidak berganti.

Tatkala aku dimamah rindu,
Ke mana pula perginya anjing itu,
Penunggu setia bilik ini,
Bilik usang terabadi sakti,
Bangunlah subuhku,
Akukah anjing itu?


Adios.



Monday, December 21, 2009


Tak cukup tangan aku minggu ini...

sejak jumaat lagi, aku dah terkocoh2 ke rumah saudara aku. Ada majlis berkhatan 2 orang cucunya. Maka terpaksalah aku ke sana untuk tolong masak-masak apa yang patut.

Sabtu dan Ahad pulak, aku ke rumah jiran sebelah. Anak dara sebelah nak kawin dengan orang Kedah. Kenalah datang, kalau tidak, majlis aku nanti tak ada pulak orang nak datang dan tolong masak. Ye tak? Maklumla, bujang lagi. Haha.

Ahad malam Isnin, pulak, menghantar adik ke Subang. Keretanya bateri kong. Aku jugak yang kena rush. Fuh letih benar.

Dahla Chelsea seri, takperla, gerak skit 1 mata jadi 4 mata. Maklumla ada 1 team lemah tu kalah dengan Fulham 3-0. Haha.

Adios.



Friday, December 18, 2009


Persoalan.


Tanpa melihat kalendar, benarkah korang tahu tahun hijrah kita adalah 1431?

aku mengaku, aku pun perlu panduan kalendar.

Sedih kan?

Itulah hakikat.


Selamat Menyambut Maal Hijrah, 1431H
Maaf Zahir dan Batin





Siapa kata emas tak mampu digapai?

boleh..janji ada duit..

sila ke Poh Kong atau Habib Jewel


Tahniah buat skuad u-23 Malaysia atas kejayaan manis Emas Sukan SEA 2009...

Cayok!

Thursday, December 17, 2009




Adakah..emas milik kita..

ada juga yang cakap perak itu juga bukan milik kita

lantas aku jawab, kau memang bengap!

kalau dah masuk final sah2 perak dlm tangan..

bongok! (style tompel)