Tuesday, May 10, 2011

Proton Lekir


Proton Kasturi

Proton Jebat

Proton Tuah

Proton Lekiu





Monday, May 9, 2011


macam aku cakap sebelum ni, memang best cerita kalau. chelsea kalah 2-1. apa yang aku dapat simpulkan, ancelotti tak silap percaturan. cuma nasib tak menyebelahi beliau. abandon 4-4-2, kembali kepada 4-3-3 memang dah dijangka pun. torres tak main pun memang dah diagak. so, drogba, kalou and malouda up front.

3 mid dengan essien, lampard dan mikel. memang tak dapat salahkan ancelotti sebab pakai mikel. mikel last 3 or 4 games dia main ok. so ancelotti merasakan untuk meneutralizekan mid manu, dia kena pakai mikel. so mikel sit deep, essien dan lampard free roam sedikit. so memang ada kelogikannya di situ. tapi, untuk game yang perlu menang ni, dia patut pertimbangkan benayoun dan ramires. lebih energetic. essien boleh sit deep. ramires macam biasa hardworking horse.

defend nampak cantik, dengan new cult hero berambut puyol, main. setelah menjaringkan 2 gol terhadap kedua-dua side of manchester, nampak kemas. tetapi kalau dah namanya nak jadi, min 1 dah bolos yang dikatakan berpunca dari kesilapan luiz gagal menghalang hantaran park ji sung kepada chicarito.

ivanovic pula selalu buat needless foul, hampir-hampir nak merah.

depan pula, macam no idea. drogba kena rantai, kalou wasteful dan malouda takda idea. diakui defend manu memang tight, susah nak lepas.

apa-apa pun aku ucapkan tahniah pada setan merah dengan ini hampir ke title no 19. valencia, park, giggs, chicarito memang smart main. inilah manu, teamnya haprak tapi teamworknya umpama simen dan batu. itulah x factor mereka.

apa-pa hal pun, aku harapkan sedikit keajaiban dari 2 team black untuk something miracle. hehe. cerita kalau memang best....

samada ancelotti stay untuk new season ni, hanya roman yang tau...



Sunday, May 8, 2011


mmg cukup lama aku tinggalkan blogging ni. aku pun tak pasti kenapa. nak kata busy 24hours tak jugak. tapi ntahla. mmg sifat melayu. melayu mudah lupa. mudah lupa nak update. haha. ( mesti korang bajet aku nak cakap melayu mmg malas padahal mmg betul pun )

mungkin aku terpanggil nak menulis semula sebab rakan kerjaku dan-dan nak berblogging. politik pula tu! haha. jowo style lagi!

ya, lebih kurang sejam setengah lagi, chelsea akan bertempur dengan setan merah. demi 3 mata. demi menduduki tahta epl. kalau chelsea menang, same points but diff goals. and chelsea more goals which means chelsea are top. kalau menang lah. mmg best cerita kalau ni.


Monday, February 21, 2011

Mencari patch malaysia. Setakat ni jumpa yg pc je. Sesapa ada patch malaysia version ps3, please maklumkan ok
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, December 20, 2010

Bedebom!


Sana sini berasap. Kelam. Sakit tekak. Gas pemedih mata ke ni? Mata berpinar-pinar. Rasa nak muntah.


"Arul! Berapa lama ko menginap kat bawah meja tu?" soal Nazri Jawa.
"Ntah! Apasal pulak aku boleh ada kat bawah meja , aku pun mysterious " balas Arul kurang yakin.
"Agaknya sejak malam tadi kot?" kata Nazri Jawa berspekulasi.
"Boleh jadi jugak" balas Arul mengambil hati Nazri Jawa.


Malam tadi. Aku mengingat balik apa yang aku lakukan malam tadi. Rasanya aku tengah mengetik-ngetik keyboard, menaip nama-nama Wonderkid dalam Football Manager 2011. Lupa pulak nak save game tu. Neymar, Zakaria Labyad, Lucas Digne dan Kevin.


"Eh! Malam tadi kan aku main Football Manager 2011. Aku baru je angkut game tu kat Tesco" kata Arul kepada Nazri Jawa.
"Kau biar btul Rul. Tesco baru je diisytiharkan bankrap semalam, sebab dah tersebar kat Facebook tentang keyahudian beliau, lagi-lagi Tesco cawangan Banting" tegas Nazri Jawa.
"Huh! Biar betik. Lama dah aku tak makan betik wahai Encik Nazri. Jom makan cendol" balas Arul.
"Jomlah. Aku pun rindukan kemasaman mamak berikut" ujar Nazri Jawa.



Bedebom! Dusyum!


"Berapa mangkuk? " tanya mamak bukan adik Razak Mohaideen.
"Lu la mangkuk, mangkuk. Bagi 2 mangkuk" kata Arul dan Nazri Jawa serentak. Serentak. Mesti menang punyalah acara terjun beregu 12inci papan anjal ni.

"Ini 2 mangkuk, siap" kata mamak.
"Ini mangkuk saja, mana cendolnya? mangkuk! " kata Nazri Jawa.
"Sorilah brader. Itu cendol suma sudah angkut itu ada sorang mari. Dia angkut juga satu periuk juga pegi. Katanya mau bikin MLM" explain si mamak.
"Mangkuk! Patutla dia tanya berapa mangkuk" kata Arul.



"Dilla. Kau tolong pergi kedai belikan mak gula kasar 23 guni. Mak nak buat kuih sikitla. Mengidam pulak mak nak makan Spaghetti Bolognese" ujar Makcik Syahadah.
"Baik mak. Mak memang baik" balas Dilla Jamaludin.


"Aiya amoi. Itu gula sudah abisla. Itu ada sorang suda angkut 23 guni. Katanya mau buat MLM. Lain kali hor " ujar Apek Tua.



titit tits boobs tits... bunyi sms hp NokiaE71 Arul berbunyi.



From : sayang dilla

Gula dah tak wujudla abang. Tolong carikan. Sumer dah abis orang buat MLM.



"Panas betul la. Bukan panas matahari. Aku panas ni. Siapa yang borong gula, cendol berbakul-bakul ni. Buat MLM pulak tu " Arul marah.
"Serius? Ntah-ntah Mark Zuckerberg kot" kata Nazri Jawa setelah menonton DVD cetak rompak 'Social Network' tadi.
"Aku yakin bukan beliau la. Kalau betul beliau, aku dah 'poke' dia" kata Arul.
"Khaled Mardam Bay kot" kata Nazri Jawa lagi.
"Dia? Memang aku slap him with a large trout" balas Arul.


Sambil membaca Tamil Nessan, tiba-tiba Nazri berkata sambil mata digenangi air.

"Aku dah tau siapa punya angkara. Tengoklah paper ni. Dialah yang borong semua tu untuk projek terbaru dia" kata Nazri Jawa tersedu-sedu.


Arul lantas membaca . TAJUK UTAMA:

'2 Alam The Series. Astro Ria. Akan Datang' sambil berbackgroundkan makhluk cendawan berbow merah.



Arul dan Nazri Jawa menangis.
Sekian.
Muahaha.. .gila betik... last entry bulan puasa tu... itu pun ciput.. hehe

Nantila gua update real punya.. takda idea.. hehe

Tuesday, August 10, 2010

selamat hari raya. mahap zahir batin

Sunday, May 23, 2010

laman ni dah bersawang nampaknya. dah nama pun laman sesawang. apa nak heran.

tahniah Chelsea. Double. Tahun depan try Treble pulak ok.


p/s : gua tak tahan bila dapat hadiah sempena hari guru. Macam tak caya. Funny pun ada. Harharhar!

Sunday, April 4, 2010


Offside ek, anyway you made my day. Haha. 5 games to go. yes.

Wednesday, February 17, 2010

28. Isk2. Sampaikah seru buat gua untuk membina tangga rumah? satu persoalan.

Thursday, January 21, 2010

gua dah jadi pendidik. kerjaya baru gua. jgn x caya . haha

Saturday, January 2, 2010


Macam biasa, tahun baru, azam baru...

Yang kelakarnya, bila nak berazam tu, mesti nak kena fikir2, azam apa yang best.

Boleh ke cam gitu?

Jap, aku ingat balik apa azam aku yang lepas2.

Ada tak yang terkabul, tercapai, tergapai dan kesampaian.

Ermm...

Alamak. Aku lupa la apa azam aku yang lepas2.

Ha, baru aku ingat!

Azam aku, nak tunaikan azam2 yang lepas.

Tapi apa azam aku yang lepas2 ha?

Haha.

Friday, January 1, 2010


Selamat to all..

Gua sudah masuk 28..

Muda belia..

haha...

Selamat bercuti....

Sunday, December 27, 2009




Tadi tgok AVATAR.. layan jugak cerita tu

menarik juga jalan ceritanya..

dahla durasinya 2 jam 45 min lebih kurang, mmg cara..

macam biasa, aku layan kat alamanda..

yerlah, dekat ngan org rumah...

ntah apa yg merasuk org rumah aku..

semua x kena...

boleh plak dia tumpahkan air kat Kedai Kasut Walk In..huhu..

lawak btul..

kalau aku yang tumpahkan tu, mau bebel x sudah..

hehe...xperla..aku lg loklaq kot..keh2

apa2 hal..yg funnynya..aku tgok movie abis kol 1a.m..

slumber je pas movie aku jalan2 kat alamanda tu kaki ayam je..

korang leh buat ke?

hehe



p/s : cibai, chelsea seri lagi

Friday, December 25, 2009


Selamat menyambut Hari Krismas buat mereka yang menyambutnya, dan tak lupa buat mereka yang tumpang cuti.

Semalam, dengan berlagaknya aku umumkan, aku dah tengok movie Sherlock Holmes. Aku memang antara pembaca novel2 Sir Arthur Conan Doyle, terutama siri penyiasatan Sherlock Holmes ni, jadi memang aku sgt teruja nak tengok filem ini. Satu lagi novel penyiasatan yang aku cadangkan ialah dari Agatha Cristie, siri penyiasatan Hercule Poirot. Memang cara.

Berbalik pada filem ini, aku bagi thumbs up. Memang seronok. Tak ada satu part pun dalam movie ini yang buat aku bosan atau mengantuk. Huhu. Karakter yang dilakonkan Robert Downey Jr. memang cara, termasukla dia punya sidekick, Jude Law. Jalan ceritanya sungguh cantik sampaikan taknak miss satu saat pun. Walhal ada rasa nak terkucil. Haha.

Oleh itu, tak sepertimana 2012 yang mengecewakan aku, tak salah rasanya kalau korang bazirkan rm10 untuk mengkayakan lagi Warner Bros, tokey wayang dan konco2nya demi cerita yang best ini. Walaupun ada sedikit penambahan dan pengubahsuaian pada karakter Sherlock Holme, tapi ia tetap tidak menterencatkan watak tersebut. Well done.



Thursday, December 24, 2009


Kucing aku dah mati...

sedih...

walaupun kengkadang aku suka buli ia..

penah tersepak melambung2 ( x sengaja )

n halau2...

maki hamun..

tp dia tetap kucing aku...

sedih2...

xperla...

nanti aku buat entry lain..

sedih

Wednesday, December 23, 2009

Inilah keindahan Malaysia. Pakailah bahasa apa pun, korang leh paham punya.

Apa yang aku meraban?


Macam ni...


Aku berkelana ke satu tempat ni..

Dipendekkan cerita, aku ada sedikit bisnes nak diselesaikan di tempat tersebut. Terkocoh2 jugaklah aku nak mencari tempat letak kereta. Semua dah penuh. Aduh. Memang leceh bab nak cari parking ni. Manjang full..

Tetiba aku terpikir..

Park kat apartment cara jugak..kompom byk space punya. Lantas aku cari apartment terdekat. Bila nampak satu flat tu, aku terus masuk.

Tapi..bila nampak signboard dia..fikir gak aku 2,3 kali..

Nak park ke tanak?

Mau gak rabak keta aku...



Tuesday, December 22, 2009


Tetiba aku rasa ada mood nak bersajak...

dah lama rasanya aku tinggalkan sajak ni...

zaman muda-muda dulu selalu jugak la aku buat sajak ni..

tp genre aku bukan sajak bunga2 berbaur puitis...

tetapi sajak aku lebih ke arah yang abstrak..

lantak koranglah nak terjemahkan sajak aku tu camne..

okay.. ini sajak aku kali ini...


Satu Subuh di Bilik Usang

Tatkala anjing itu menggigit kakiku,
Aku terlena di celah kehidupan,
Deru ombak membasahi lantai dapurku,
Namun seperti selalu, ia tidak berasap.

Tatkala anjing itu menggonggong kunciku,
Aku tersedak di meja keamanan,
Bebuih putih mengalir ke jendela kamarku,
Malah seperti selalu, ia tidak berkemas.

Tatkala anjing itu menyalak kepadaku,
Aku terpana di ruang kesepian,
Alunan mutiara menghujani cadar ranjangku,
Bahkan seperti selalu, ia tidak berganti.

Tatkala aku dimamah rindu,
Ke mana pula perginya anjing itu,
Penunggu setia bilik ini,
Bilik usang terabadi sakti,
Bangunlah subuhku,
Akukah anjing itu?


Adios.



Monday, December 21, 2009


Tak cukup tangan aku minggu ini...

sejak jumaat lagi, aku dah terkocoh2 ke rumah saudara aku. Ada majlis berkhatan 2 orang cucunya. Maka terpaksalah aku ke sana untuk tolong masak-masak apa yang patut.

Sabtu dan Ahad pulak, aku ke rumah jiran sebelah. Anak dara sebelah nak kawin dengan orang Kedah. Kenalah datang, kalau tidak, majlis aku nanti tak ada pulak orang nak datang dan tolong masak. Ye tak? Maklumla, bujang lagi. Haha.

Ahad malam Isnin, pulak, menghantar adik ke Subang. Keretanya bateri kong. Aku jugak yang kena rush. Fuh letih benar.

Dahla Chelsea seri, takperla, gerak skit 1 mata jadi 4 mata. Maklumla ada 1 team lemah tu kalah dengan Fulham 3-0. Haha.

Adios.



Friday, December 18, 2009


Persoalan.


Tanpa melihat kalendar, benarkah korang tahu tahun hijrah kita adalah 1431?

aku mengaku, aku pun perlu panduan kalendar.

Sedih kan?

Itulah hakikat.


Selamat Menyambut Maal Hijrah, 1431H
Maaf Zahir dan Batin